• Masjid Al-Hidayah

  • Masjid Al-Hidayah

  • Masjid Al-Hidayah

Masjid Al-Hidayah

Masjid Al-Hidayah telah di bina pada tahun 1950 di atas tanah lot 269 Mukim Batu Berendam Daerah Melaka Tengah. Bangunan asal adalah berupa bangunan kayu mampu menampung 60 ke 70 orang jemaah. Pada tahun 1963 masjid ini telah dinaik taraf dari dinding papan kepada dinding batu bata. Apabila bilangan jemaah telah bertambah masjid ini telah diperbesarkan pada kali pertama pada tahun 1970 dan kali kedua pada tahun 1990 dan sekarang ini mampu menampung 600 orang jemaah. Pada tahun 2013, Masjid Al-Hidayah akan membina masjid baru untuk menampung jumlah jemaah yang lebih ramai. Masjid baru akan di bina bersebelahan masjid lama.

Pembangunan masjid baru untuk Masjid Al-Hidayah


Arkitek : Sham Ali Arkitek        No Telefon : 06-336 9009        Web : www.hishamdesign.com
Alamat : No 3A, Jalan BBP 1, Taman Batu Berendam Putra, 75350 Batu Berendam, Melaka

Sebuah masjid baru akan di bina di tapak Masjid Al-Hidayah iaitu bersebelahan dengan masjid lama. Gambar di atas merupakan lakaran masjid baru yang akan di bina di tapak Masjid Al-Hidayah. Anggaran kos pembinaan adalah RM 2.89 Juta. Kepada Muslimin dan Muslimat yang ingin membuat sedekah Jariah untuk pembangunan masjid baru bolehlah menderma melalui :

i) Transfer / Bank in (CIMB Islamic) :-
No Akaun : 0405-0000183-10-0
Nama : Jawatankuasa Penaja Pembangunan Masjid Baru Batu Berendam, Melaka

ii) Cek Bank :-
Cek ditulis atas nama : Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pembangunan Masjid Baru Batu Berendam, Melaka
*Sila tulis nama dan nombor telefon anda di belakang cek

iii) Menderma di tabung-tabung masjid yang berada di dalam kawasan Masjid Al-Hidayah (masjid lama)

iv) Jika ingin membeli saham tanah wakah Masjid Al-Hidayah, boleh berhubung dengan Hj Abas bin Mahmud (Timbalan Pengerusi Masjid) di talian : 012-682 8577

v) Kalau ada sesiapa yang ingin menderma bahan-bahan binaan (batu bata, simen, pasir dan lain-lain lagi) untuk pembangunan masjid baru iaitu selain dari wang ringgit, sila hubungi Jawatankuasa Masjid Al-Hidayah :-
        a) Pengerusi Masjid : Hj Mohd Yahyaruddin bin Abu Kasim (013-394 7734)
        b) Timb Pengerusi Masjid : Hj Abas bin Mahmud (012-682 8577)
        c) Setiausaha Masjid : 012-6308484

SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBALAS APA JUA KEBAIKAN YANG TUAN/PUAN BERIKAN. AMIN

Khamis, 11 April 2013

Pile Load Test di Tapak Masjid baru Batu Berendam

Salam,

Pada 11hb April 2013, bongkah-bongkah batu telah diletakkan di tapak masjid untuk tujuan Pile Load Test (Ujian Beban Cerucuk). Pile Load Test (Ujian Beban Cerucuk) adalah kaedah yang paling muktamad menentukan kapasiti beban cerucuk.

Pile Load Test (Ujian Beban Cerucuk) mengambil masa lebih kurang 48 jam untuk menguji beban cerucuk. Jika beban tidak mencukupi, perlu tambah cerucuk di tapak.



Khamis, 4 April 2013

Pile Test di tapak Masjid Baru Batu Berendam

Salam,

Pada hari Khamis (4hb April 2013) telah di buat pile test di tapak Masjid baru Batu Berendam. Beberapa batang konkrit telah di buat pile test untuk melihat berapa batang konkrit boleh dimasukkan ke dalam tanah. Disertakan beberapa gambar di tapak Masjid Batu Berendam.







Selepas ini akan di buat load test untuk menguji ketahanan tanah. Terima kasih.